Begitu banyak cabaran yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai parut jerawat, daripada renungan yang tidak diundang sehinggalah komen yang menjengkelkan. Jalan mudah adalah untuk menggunakan apa sahaja rawatan parut jerawat yang terdapat di pasaran. Namun begitu, ini bukanlah idea yang baik kerana bukan semua rawatan parut jerawat akan memberikan kesan. Memilih rawatan seperti ini mungkin melibatkan kos yang tinggi- kepada kulit anda dan juga poket anda.
Sekilas pandang mungkin tidak begitu nyata, tetapi jerawat dan parut jerawat bukanlah masalah yang sama. Jerawat merupakan keradangan di folikel rambut anda, yang disebabkan oleh penyumbatan oleh minyak dan sel kulit yang mati. Sebaliknya, parut jerawat adalah peninggalan jerawat tersebut setelah radang berakhir - biasanya parut yang terbenam, atau tanda dan tompok gelap.
Sudah pasti rawatan untuk keradangan dan parut adalah berbeza. Mari kita lihat bagaimana pengurangan jerawat dan pengurangan parut jerawat berlaku menggunakan produk di kaunter:
Bagaimana rawatan jerawat mengurangkan jerawat1
- Membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat
- Membuang minyak berlebihan
- Menghalang penyumbatan liang
- Mengurangkan radang
Bagaimana rawatan parut jerawat mengurangkan parut2, 3
- Menggalakkan regenerasi kulit
- Mengurangkan dan menghalang penyahwarnaan
- Mengupas dan membuang kulit kering (exfoliate) kulit anda
Seperti yang dapat dilihat di dalam perbandingan di atas, kesan yang membantu mengurangkan jerawat tidak begitu membantu bagi parut jerawat, yang memerlukan rawatan yang berbeza.
Untuk memerangi parut jerawat, anda memerlukan produk yang mengandungi bahan aktif yang membantu rawatan parut jerawat, misalnya Dermatix® Acne Scar. Formulasi terkini Dermatix® Acne Scar mengandungi bahan yang boleh membantu memudarkan parut jerawat serta tanda/tompok gelap.4, 5, 6
Diuji dan terbukti
Keputusan ujian panel pengguna bebas terdiri daripada 65 lelaki dan wanita berusia 18 hingga 4010
Kini anda sudah tahu perbezaannya, pastikan anda menggunakan rawatan yang sesuai sebagai rutin penjagaan kulit anda apabila anda ke farmasi!
TERNYATA MEMPERBAIKI KEADAAN KULIT DALAM TEMPOH 4 MINGGU