Copyright © 2022 Menarini Asia-Pacific
(Co. Reg. No. 200503853W)

Mengapa "Pengurusan Luka" berbeza daripada "Pengurusan Parut" (Dan Mengapa Ia Penting)

Walaupun ramai ibu bapa menyedari perbezaan antara luka dan parut, ada kalanya cara merawat pada anak-anak mereka, adalah salah – besar kemungkinan mereka keliru sama ada menggunakan rawatan parut pada luka ataupun sebaliknya.

Untuk menjelaskan mengapa penting untuk mendapatkan rawatan yang betul, kita perlu membezakan kedua-duanya terlebih dahulu.

Luka vs Parut: Kecederaan vs penyembuhan

Apa itu luka? (Ia adalah kecederaan)

Luka adalah kecederaan fizikal pada badan anda, Ia boleh menjejaskan kulit dan kawasan di bawah lapisan tesebut.1 Bagi kanak-kanak, kebiasaannya luka adalah disebabkan sama ada jatuh atau menggaru gigitan serangga.

 

Apa itu parut? (Ia adalah hasil penyembuhan)

Walaupun parut sering membawa perasaan negatif, ia sebenarnya merupakan proses penyembuhan semula jadi badan. Ianya terjadi setelah anak anda pulih daripada luka. Apabila luka merosakkan kulit, badan membentuk serat kolagen untuk membaikinya. 2

Kerana tekstur tisu baru ini mempunyai tekstur yang berbeza daripada tisu kulit yang sedia ada, maka ia adalah sebab bagaimana parut terhasil. Oleh itu, adalah tepat untuk mengatakan bahawa parut terbentuk hanya setelah luka sembuh sepenuhnya.2

 

Secara ringkas, luka adalah apa yang berlaku kepada kulit anda apabila cedera. Sementara itu, parut adalah hasil daripada proses penyembuhan luka itu. Dalam beberapa artikel kami yang lain, kami telah menyenaraikan apa yang perlu anda lakukan untuk merawat parut anak anda serta beberapa pilihan rawatan yang ada untuk mengurangkan kesan parut.

Hari ini, kami akan bincangkan mengapa anda tidak boleh menggunakan rawatan luka pada parut, dan melihat bagaimana rawatan parut berfungsi.

Mengapa rawatan luka tidak berfungsi pada parut

Anda telah pun faham apa itu parut (iaitu, luka yang telah sembuh), sekarang anda akan sedar bagaimana langkah-langkah ini tidak membantu mengurangkan penampilan parut. Ini adalah kerana ia sudah terbentuk dan tidak ada jumlah pembersihan (atau plaster dan losyen pelembap) akan mengubah penampilannya.

Cara menguruskan parut kanak-kanak

Sebaliknya, rawatan parut topikal pastinya berkesan untuk memperbaiki penampilan parut. Ini kerana rawatan parut topikal yang baik mengandungi bahan aktif - seperti cyclopentasiloxane (CPX) dan Vitamin C ester - yang boleh mengurangkan kesan parut - terutamanya parut yang tebal dan gelap yang kurang daripada dua tahun.

Dermatix® Ultra Kids, sebagai contoh, mempunyai bahan-bahan yang dinyatakan di atas, CPX dan Vitamin C ester. Ianya berfungsi seiring untuk meringankan, melembutkan dan meratakan3,4,5 parut anak anda dengan mengimbangi pengeluaran kolagen supaya kembali seimbang, dan pada masa yang sama meringankan warna parut. Paling penting, rawatan parut topikal ini lembut pada kulit sensitif kanak-kanak, dan boleh digunakan untuk bayi berumur 3 bulan ke atas.

Bolehkah saya mencegah parut dengan menggunakan rawatan parut pada luka?

Sesetengah ibu bapa percaya bahawa dengan "mendahului masalah" dan menggunakan rawatan parut pada luka, mereka dapat mencegah parut daripada berlaku. Ini adalah pemahaman yang salah. Ianya adalah lebih berkesan untuk merawat parut apabila ia terbentuk, iaitu apabila luka anak anda telah sembuh.

Menguruskan parut dengan cara yang betul

Luka dan calar adalah sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan. Ianya termasuklah parut yang terbentuk akibat kesan luka. Apa yang penting ialah menjaga luka anak anda untuk mengurangkan kesan parut. Penting juga apabila parut berlaku, untuk merawatnya di peringkat awal dengan rawatan parut yang di rumus khas untuk kulit sensitif kanak-kanak – seperti Dermatix® Ultra Kids!

Pudarkan parut anda hari ini
Terbukti secara klinikal
Memudarkan, menghaluskan dan meratakan parut
Mudah digunakan, tidak berminyak, cepat kering dan tanpa pewangi
Sumber

1. American Cancer Society, Scars and Wounds, 2020

https://www.cancer.org/treatment/treatments-and-side-effects/physical-side-effects/skin-problems/scars-and-wounds.html

2. WebMD, Scars and Your Skin, 2020

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/scars

3. Yun IS et al.  Aesth Plast Surg 2013; 37: 1176 - 1181

4. Chernoff WG et al. Aesth Plast Surg 2007; 31: 495-500

5. Fulton JE. Silicone gel sheeting for the prevention and management of evolving hypertrophic and keloid scars. Dermatol Surg 1995; 21: 947-951