Copyright © 2024 Menarini Asia-Pacific
(Co. Reg. No. 200503853W)

Sembunyikan parut jerawat dan lindungi kulit anda

Semua orang mahu kelihatan menarik sepanjang masa. Itulah sebabnya kita melabur di dalam pakaian yang cantik, produk untuk menghias diri dan kosmetik yang mahal. Namun begitu, apabila tanda jerawat muncul, ia cukup untuk menghancurkan segala usaha untuk penampilan terbaik.

Walaupun anda mungkin merasakan anda perlu menyembunyikan parut jerawat anda, kami masih mencadangkan agar anda tidak bersolek selagi boleh, kerana melitupi parut jerawat boleh menyebabkan liang anda tersumbat dan menyebabkan jerawat baharu muncul.

Sebaliknya, anda boleh memilih penyelesaian jangka panjang - dengan rawatan menggunakan produk seperti Dermatix® Acne Scar, rawatan parut gel silikon yang mengandungi bahan aktif yang terbukti mencerahkan tompok gelap, tanda dan parut.1, 2, 3

Namun begitu, sekiranya anda harus menyembunyikan parut anda dengan solekan, pastikan anda membaca tip berikut!

Tip solekan untuk melitupi parut jerawat anda

Pastikan kebersihan4

Pastikan perkakas solekan anda kerap dibersihkan untuk mengelakkan minyak, habuk, kulit mati, lebihan solekan dan bakteria daripada terkumpul dan memburukkan lagi keadaan jerawat anda.

Mulakan dengan Dermatix® Acne Scar5

Selepas mencuci muka, sapukan Dermatix® Acne Scar di kawasan yang terlibat dahulu. Penghalang silikon yang dibentuk oleh Dermatix® Acne Scar akan melindungi bahagian berparut daripada bakteria yang mungkin berada pada perkakas solekan anda.

Pastikan kelembapan kulit6

Rawatan jerawat mungkin mengandungi bahan yang mengeringkan, jadi pastikan anda menggunakan lebih banyak pelembap sebelum mengenakan foundation supaya kulit anda kekal lembap dan tidak menggelupas.

Gunakan alat solek yang mengandungi dimethicone6

Dimethicone merupakan bahan yang menyembunyikan kemerahan dan melicinkan kulit yang tidak rata.

Pilih alat solek anda dengan teliti6

Pastikan setiap produk solekan anda - bukan hanya foundation - tidak berminyak, non-comedogenic, hypoallergenic, tidak merengsakan dan tidak mengandungi minyak.

Jangan bersolek terlalu tebal6

Penggunaan bedak yang terlalu tebal akan memberikan tekstur berlebihan kepada jeragat anda dan membuatkan ia tampak lebih jelas.

Sebelum anda tidur, pastikan solekan dibersihkan sepenuhnya kerana membiarkan solekan semalaman pasti akan membawa kepada kemunculan jerawat.

Dan sebelum masalah timbul semula, lebih baik sekiranya anda merawat parut jerawat anda menggunakan Dermatix® Acne Scar supaya kulit anda menjadi licin dengan semula jadi - anda hanya memerlukan 4 minggu untuk melihat kesan yang nyata7!

Rawat parut jerawat anda
Mencerahkan tompok, tanda dan parut gelap
Menghalang pembentukan parut dan jeragat baharu
Formulasi Teknologi inovatif silikon CPX dan ActivGCS (ekstrak lendir siput)
Sumber
  1. CR&D, S. L. Inner skin activators: Skin feel and skin smoothing enhancers (2016). Retrieved from: http://www.beautyandcosmetic.eu/public/pdf/articoli/pdf/ita/GLYCOSNAIL_SITO.pdf (page 2)
  2. Dermatologist shines light on natural ingredients used in new topical treatments for hyperpigmentation. American Academy of Dermatology, 2014. Retrieved from: https://www.aad.org/media/news-releases/dermatologist-shines-light-on-natural-ingredients-used-in-new-topical-treatments-for-hyperpigmentation
  3. Tang, S. C., & Yang, J. H. (2018). Dual Effects of Alpha-Hydroxy Acids on the Skin. Molecules (Basel, Switzerland), 23(4), 863. doi:10.3390/molecules23040863
  4. https://share.upmc.com/2017/02/makeup-brushes-and-acne/. Last Accessed June 2019
  5. Puri N, Talwar A. J Cutan Aesthet Surg 2009;2:104–106
  6. https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/acne/acne-skin-care-makeup#1. Last Accessed June 2019
  7. Study of efficacy and tolerance of a treatment against acne scars. Consumer Use test in Singapore. 07 August 2018 (Data on File)