Menunggang motorsikal memang menyeronokkan. Tetapi, Melecur di kaki kerana dengan tidak sengaja tersentuh paip ekzos? Tidak begitu seronok. Sekiranya anda terkena paip ekzos dan melecur, pastikan anda merawatnya dengan betul dari mula untuk meminimakan parut. Begini caranya!
1
Rawat segera dengan air sejuk
Lalukan air sejuk keatas kawasan melecur selama 5 hingga 10 minit untuk membersihkan sebarang kotoran daripada ekzos motorsikal yang mungkin terdapat pada luka tersebut.
2
Tutup dengan pembalut kasa steril
Keringkan luka dengan lembut, dan tutup kecederaan dengan pembalut kasa steril.
3
Sapukan antiseptik
Sterilkan luka melecur anda menggunakan antiseptik sehingga luka kering sepenuhnya.
4
Rawat parut melecur
Setelah luka melecur kering, anda harus merawatnya menggunakan produk rawatan parut seperti Dermatix® untuk meminimakan pembentukan parut. Ini adalah kerana parut melecur cenderung untuk menyebabkan kulit tertarik bersama, yang bukan sahaja kelihatan tidak menarik tetapi ia juga akan menghadkan pergerakan anda.
Rawatan parut seperti Dermatix® memberikan kesan terbaik sekiranya anda memulakan rawatan awal, jadi jangan tunggu lama-lama!