Copyright © 2024 Menarini Asia-Pacific
(Co. Reg. No. 200503853W)

Hadapi parut anda dengan keyakinan

Semua orang mempunyai parut: Besar, kecil, baharu dan lama. Ada yang lebih cenderung membentuk parut dan sering mendapatnya. Luka yang kecil sahaja boleh menyebabkan parut yang kekal untuk beberapa tahun. Adakah anda hilang keyakinan kerana parut? Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana parut tidak akan menggugat keyakinan anda.

Apabila luka berlaku, perkara pertama yang harus dilakukan adalah untuk menghentikan pendarahan. Tekan luka dengan kain bersih atau tisu, dan sekiranya ia terletak pada tangan atau kaki anda, pastikan kedudukan anggota tersebut lebih tinggi daripada jantung untuk mengurangkan pengaliran darah. Jika pendarahan tidak berhenti, anda harus ke hospital serta-merta. Anda juga perlu ke hospital sekiranya luka tersebut dalam dan terbuka, atau mempunyai kotoran atau serpihan yang tidak dapat dikeluarkan, terasa kebas, disebabkan oleh gigitan haiwan atau manusia, ataupun jika anda tidak pernah mendapat suntikan tetanus dalam masa lima tahun sebelum itu.1

Sekiranya luka anda tidak serius dan boleh dirawat di rumah, bersihkan luka dengan sabun lembut dan air, pastikan sabun dibersihkan sepenuhnya untuk mengelakkan iritasi. Setelah luka bersih, sapukan krim antibiotik dan balut dengan pembalut luka untuk mengelakkan jangkitan. Pastikan anda menukar pembalut setiap hari sehingga luka tertutup.1

Sebaik sahaja luka anda sudah tertutup, anda harus berhenti menyapukan antibiotik kerana ia hanya berguna untuk melindungi luka yang terbuka, dan ia bukanlah rawatan untuk parut. Sebaliknya, mulai saat ini, anda harus menggunakan produk rawatan parut topikal seperti Dermatix® Ultra. Apabila parut tersebut baru terbentuk, tubuh anda masih aktif memulihkan kulit di bawahnya, inilah masa di mana rawatan pengurangan parut akan lebih berkesan.

Dermatix® Ultra menyokong proses penyembuhan ini menggunakan teknologi silikon CPX untuk menyelubungi parut anda, menghalang jangkitan dan menghentikan tubuh anda daripada menghasilkan kolagen berlebihan yang boleh berkumpul dan menghasilkan parut yang timbul, sementara ester vitamin C dengan aktif bertindak untuk mengurangkan penyahwarnaan tisu parut anda.2

Untuk menghalang tisu parut baharu daripada menjadi gelap, anda perlu melindunginya daripada cahaya matahari.3 Sebelum anda keluar atau melakukan aktiviti luar, pastikan anda menggunakan pelindung cahaya matahari untuk menghalang parut menjadi gelap.

Jadi, walaupun anda tidak dapat mengelak daripada sebarang kemalangan sewaktu melakukan aktiviti kegemaran anda, dengan Dermatix® Ultra anda mampu menjalani kehidupan dengan penuh keyakinan tanpa bimbang mengenai parut!

Pudarkan parut anda
Formula parut terkini
Memudarkan, menghaluskan dan meratakan parut
Dengan Ester Vitamin C untuk merangsang pemudaran
Sumber
  1. https://www.webmd.com/first-aid/bleeding-cuts-wounds. Last Accessed June 2019
  2. Farris PK. Topical vitamin C: a useful agent for treating photoaging and other dermatologic conditions. Dermatol Surg. 2005 Jul;31(7 Pt 2):814-7;discussion 818
  3. http://www.assh.org/handcare/procedures-and-treatment/scar-management. Last Accessed June 2019