Copyright © 2024 Menarini Asia-Pacific
(Co. Reg. No. 200503853W)

Sebab-sebab yang mungkin membawa kepada pembedahan Caesar

Kehamilan merupakan waktu yang penting di dalam kehidupan seorang wanita. Kerap kali perancangan tidak menjadi kenyataan. Wanita hamil mengalami pelbagai cabaran pada waktu ini, daripada kebimbangan berkaitan kelahiran sehingga menghadapi perubahan tubuh badan dan keadaan mental.

Sering berlaku, wanita yang mahu bersalin secara normal terpaksa melakukan pembedahan Caesar. Kadang kala, doktor akan mencadangkan supaya pembedahan Caesar dilakukan. Terdapat pelbagai sebab dan keadaan yang mungkin membawa kepada pembedahan Caesar.

Kedudukan songsang1

Beberapa minggu sebelum kelahiran, secara amnya bayi akan mengubah kedudukan kepada kelahiran kepala dahulu. Namun begitu, kadang kala ini tidak berlaku dan bayi kekal dalam kedudukan kaki dahulu - ini dipanggil kedudukan songsang. Walaupun masih terdapat peluang untuk kelahiran normal, terdapat beberapa risiko yang signifikan, maka doktor secara umumnya akan menyarankan pembedahan Caesar di dalam kes sebegini.

Kelahiran Kembar2

Sedikit rumit untuk membuat keputusan bagi kelahiran kembar. Doktor akan menyarankan jenis kelahiran berdasarkan kedudukan kedua-dua bayi di dalam rahim - sekiranya tiada kedudukan songsang, kelahiran normal adalah mungkin dan selamat. Sekiranya kedudukan bayi pertama adalah normal sementara bayi kedua songsang, terdapat kemungkinan untuk kelahiran normal, bergantung kepada kedudukan bayi kedua setelah kelahiran bayi pertama. Namun begitu, sekiranya kedua-dua bayi berada dalam kedudukan songsang, atau bayi pertama dalam kedudukan songsang, pembedahan-C akan disarankan.

Pelvis sempit

Pembukaan pelvis yang kecil menambahkan risiko untuk kelahiran normal, contohnya sakit bersalin yang berlarutan, di mana bayi terlalu besar untuk melalui pelvis. Di dalam kes di mana doktor mendapati terdapat kemungkinan untuk melahirkan secara normal adalah tidak selamat kerana pelvis yang kecil, mereka akan mencadangkan pembedahan-C.

Komplikasi sewaktu melahirkan

Walaupun semua tanda adalah memberangsangkan sehingga waktu kelahiran, melahirkan mungkin tidak selancar yang diharapkan. Sekiranya kelahiran tertangguh berlarutan tanpa perkembangan yang nyata, atau sekiranya bayi berada di dalam keadaan yang lemah, doktor mungkin akan melakukan pembedahan-C kecemasan untuk menyelamatkan ibu dan bayi.

Pembedahan-C elektif1

Ada yang memilih untuk menjalani pembedahan Caesar walaupun tidak ada sebab perubatan yang menyarankannya, kerana pembedahan-C mempunyai risiko yang lebih rendah untuk inkontinens dan ketidakfungsian seksual bagi ibu, dan mempunyai risiko lebih rendah untuk mengalami kekurangan oksigen atau trauma sewaktu bayi melalui saluran kelahiran. Namun begitu, terdapat risiko dan komplikasi lain serta waktu pemulihan yang lebih panjang untuk pembedahan-C elektif.1

Kebanyakan faktor yang terlibat berada di luar kawalan bakal ibu, dan adalah penting untuk kita ingat bahawa kelahiran melalui pembedahan-C bukanlah sesuatu yang memalukan - sekiranya perlu, ia harus dilakukan, dan yang paling penting adalah keselamatan ibu dan bayi.

Selepas insisi pembedahan-C anda sudah tertutup dan jahitan ditanggalkan, anda seharusnya memulakan pengurusan parut serta-merta, menggunakan produk seperti Dermatix Ultra, rawatan parut gel silikon yang boleh membantu parut pembedahan-C anda sembuh tanpa meninggalkan parut yang nyata.4

Pudarkan parut anda hari ini
Terbukti secara klinikal
Memudarkan, menghaluskan dan meratakan parut
Mudah digunakan, tidak berminyak, cepat kering dan tanpa pewangi
Sumber
  1. https://www.healthline.com/health/pregnancy/c-section-reasons. Last Accessed August 2019
  2. https://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/giving-birth-to-twins/. Last Accessed June 2019
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16817080. Last Accessed August 2019
  4. Mustoe TA, Evolution of silicone therapy and mechanism of action in scar management. Aesth Plast Surg. 2008;32:82-92