Apakah perbezaan di antara luka dan parut? Mungkin sekilas pandang ia kelihatan seperti soalan yang mudah, penyembuhan luka adalah proses yang berlaku secara beransur dan akan terdapat tempoh di antaranya di mana perbezaan tidak begitu ketara - di sinilah ramai pesakit tersilap di dalam merawat kecederaan mereka.
Menggunakan rawatan untuk luka ke atas parut tidak akan membantu mengurangkan parut tersebut, dan menggunakan rawatan parut ketika kecederaan tersebut masih berbentuk luka boleh mengganggu proses penyembuhan.
Jika anda tidak pasti apakah tahap kecederaan anda atau jenis rawatan yang perlu digunakan, gunakan tanda-tanda yang diberikan di bawah sebagai panduan!