Copyright © 2020 Menarini Asia-Pacific
(Co. Reg. No. 200503853W)

Rawatan semula jadi parut jerawat

Jerawat kerap muncul terutama sewaktu zaman remaja. Terdapat berbagai rawatan, daripada rawatan semula jadi mahupun rawatan parut jerawat klinikal. Di dalam artikel ini, kita akan melihat beberapa rawatan semula jadi yang sering digunakan untuk parut jerawat.

Cuka apple cider1

Cuka Apple cider sering disebut sebagai rawatan di rumah untuk parut jerawat kerana ia dikatakan dapat mengurangkan keradangan.

Madu dan kulit kayu manis2, 3

Madu dan kulit kayu manis juga merupakan rawatan parut di rumah yang popular kerana dikatakan kedua-dua bahan ini mempunyai ciri antioksidan.

Ekstrak teh hijau4

Ekstrak teh hijau terkandung di dalam kebanyakan krim rawatan dan ekstrak teh hijau dipasarkan sebagai bahan yang mampu melawan bakteria dan mengurangkan keradangan.

Baking soda5

Biasanya dicampurkan dengan air membentuk pes, untuk menghasilkan scrub yang berkesan menghilangkan kotoran, ramai juga yang menggemarinya sebagai exfoliating scrub yang lembut.

Serbuk kunyit6

Kunyit mengandungi curcumin, yang dikatakan mempunyai ciri anti-radang dan antioksidan, yang membuatkan ramai yang percaya bahawa ia boleh membantu merawat jerawat.

Setiap rawatan di rumah didakwa mempunyai kesan. Bagaimanakah anda harus memilih? Tiada siapa yang dapat memberikan kepastian kerana kebanyakan rawatan semula jadi tidak diuji secara mendalam di dalam kajian klinikal, ataupun ujian menunjukkan tiada keputusan atau keputusan yang tidak konsisten7. Jadi, sekiranya anda tidak sanggup mencuba sesuatu yang tidak pasti atau mengambil risiko dengan parut jerawat anda, elakkan rawatan semula jadi yang sering diperkatakan ini.

Jika anda inginkan sesuatu yang lebih pasti, gunakanlah rawatan parut seperti Dermatix® Acne Scar, yang telah diuji secara mendalam dan terbukti dapat mencerahkan tompok gelap, tanda dan parut jerawat 8,9,10 sepantas 4 minggu11!

Rawat parut jerawat anda
Mencerahkan tompok, tanda dan parut gelap
Menghalang pembentukan parut dan jeragat baharu
Formulasi Teknologi inovatif silikon CPX dan ActivGCS (ekstrak lendir siput)
Sumber
  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3888247/. Last Accessed June 2019
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12358452. Last Accessed June 2019
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10641152. Last Accessed June 2019
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17584048. Last Accessed June 2019
  5. https://www.healthline.com/health/baking-soda-acne#treatment. Last Accessed June 2019
  6. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17569207. Last Accessed June 2019
  7. https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/acne/acne-alternative-treatments#1. Last Accessed June 2019
  8. CR&D, S. L. Inner skin activators: Skin feel and skin smoothing enhancers (2016). Retrieved from: http://www.beautyandcosmetic.eu/public/pdf/articoli/pdf/ita/GLYCOSNAIL_SITO.pdf (page 2)
  9. Dermatologist shines light on natural ingredients used in new topical treatments for hyperpigmentation. American Academy of Dermatology, 2014. Retrieved from: https://www.aad.org/media/news-releases/dermatologist-shines-light-on-natural-ingredients-used-in-new-topical-treatments-for-hyperpigmentation
  10. Tang, S. C., & Yang, J. H. (2018). Dual Effects of Alpha-Hydroxy Acids on the Skin. Molecules (Basel, Switzerland), 23(4), 863. doi:10.3390/molecules23040863
  11. Study of efficacy and tolerance of a treatment against acne scars. Consumer Use test in Singapore. 07 August 2018 (Data on File)