Copyright © 2024 Menarini Asia-Pacific
(Co. Reg. No. 200503853W)

Merawat Parut Anak Anda, Cepat dan Berkesan

Luka, calar dan parut adalah sebahagian daripada proses pembesaran. Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk kita tahu bagaimana merawat luka dan parut tepat pada masanya, untuk meminimumkan penampilan parut zaman kanak-kanak.

Perkara pertama yang perlu difahami ialah luka, calar dan parut bukan sama. Luka, calar, melecur atau pembedahan mengakibatkan kesan luka dan apabila luka ini sembuh, parut mungkin terbentuk akibat proses penyembuhan.

Di sinilah rawatan parut dapat membantu mengurangkan kesan parut anak anda.

Rawatan parut yang biasa didapati

Walaupun parut tidak dapat disembuhkan sepenuhnya, rawatan yang berkesan dapat memastikan parut anak anda kurang kelihatan. Ini adalah beberapa rawatan yang lebih terkenal untuk rawatan parut.

Rawatan lasers

Walaupun mahal, rawatan laser adalah antara pilihan terbaik untuk rawatan parut kanak-kanak. Malah, kajian mendapati kanak-kanak (berumur 2 hingga 16 tahun) yang menjalani laser pecahan CO2 untuk parut muka, menunjukkan hasil yang positif – dengan peratusan penambahbaikan klinikal digredkan "cemerlang" sebanyak 58% kanak-kanak, "baik" sebanyak 29% dan "biasa" sebanyak 13%". Terdapat sifar kes yang digredkan "Rendah" atau lebih teruk.1

 

Rawatan melalui pembedahan

Walaupun kebanyakan parut pada kanak-kanak dan remaja menyebabkan kebimbangan kosmetik, sesetengah parut boleh dikaitkan dengan masalah fizikal yang lebih mengganggu seperti kesakitan dan kehilangan fungsi (di mana parut menghadkan pergerakan). Dalam kes ini, pembedahan kecil untuk membuang parut, boleh meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan anak anda.

 

Rawatan steroid

Dalam sesetengah kes, dos steroid boleh disuntik ke dalam parut keloid untuk mengurangkan kegatalan dan kemerahan parut. Kadangkala, rawatan ini juga boleh mengurangkan saiz parut.3

 

Gel topikal

Bagi ibu bapa yang lebih suka pilihan rawatan parut selain rawatan laser atau pembedahan, antara yang popular dan mudah didapati adalah gel topikal. Walaupun kaedah rawatan ini direka untuk orang dewasa, terdapat beberapa gel topikal yang dirumus khusus untuk kulit sensitif kanak-kanak, seperti Dermatix® Ultra Kids.

 

Dermatix® Ultra Kids mempunyai formula pengeringan cepat yang sesuai untuk kanak-kanak dan bayi kerana ia mengurangkan risiko tertelan, dan membolehkan anda memakai pelembap atau sunblock tidak lama selepas menggunakannya. Untuk maklumat lanjut tentang cara anda boleh meratakan, meringankan dan melembutkan4,5,6 parut anak anda dengan Dermatix® Ultra Kids, klik di sini.

Kami berharap artikel ini dapat meyakinkan para ibu bapa bahawa anak anda mungkin mendapat beberapa luka, calar dan parut semasa proses pembesaran. Dengan penjagaan luka dan parut yang berkesan ia akan dapat mengembalikan keyakinan mereka.

Pudarkan parut anda hari ini
Terbukti secara klinikal
Memudarkan, menghaluskan dan meratakan parut
Mudah digunakan, tidak berminyak, cepat kering dan tanpa pewangi
Sumber

1. Lapidoth M et al.  Fractional CO2 Laser in the Treatment of Facial Scars in Children.  Lasers Med Sci 2014; 29 (2): 855 - 857. doi: 10.1007/s10103-013-1305-6

2. Krakowski AC et al.  Scar Management in the Pediatric and Adolescent Populations.  Pediatrics 2016; 137 (2): e20142065. doi: 10.1542/peds.2014-2065

3. Stanford Child’s Health, Scar Revision

https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=scar-revision-85-P01135

4. Yun IS et al.  Aesth Plast Surg 2013; 37: 1176 - 1181

5. Chernoff WG et al. Aesth Plast Surg 2007; 31: 495-500

6. Fulton JE. Silicone gel sheeting for the prevention and management of evolving hypertrophic and keloid scars. Dermatol Surg 1995; 21: 947-951

 

Didaftarkan di bawah Akta 737. GA7512521-51515. MDAMD 0194/2023. Kanak-kanak tidak boleh menggunakan peranti ini tanpa pengawasan.