Copyright © 2020 Menarini Asia-Pacific
(Co. Reg. No. 200503853W)

Apakah parut dan bagaimana ia terbentuk?

Mengapakah kulit kita tidak mempunyai kemampuan untuk sembuh tanpa sebarang kesan? Itulah impian kita semua. Untuk memahami apakah itu parut dan mengapa ia terbentuk selepas kecederaan, kita harus terlebih dahulu memahami apa yang berlaku di dalam luka tersebut selepas kita tercedera - mari kita lihat apa yang berlaku di dalam proses penyembuhan luka!

Kulit mengalami kecederaan

Tubuh anda menghantar isyarat untuk menggumpalkan darah di sekitar bahagian yang cedera, untuk menghentikan pendarahan.1

Kemudian sel darah putih bertindak untuk menghapuskan sel mati, patogen dan sel serpihan.1

Kehilangan air akibat lapisan pelindung kulit yang terkoyak mengaktifkan fasa penyembuhan kulit.2

Kehilangan air mengaktifkan fibroblas, yang dengan pantas akan menghasilkan kolagen untuk membina semula bahagian yang tercedera.2

Untuk menutup luka dengan pantas, kolagen yang terhasil akan berselerak, tanpa jalinan yang tersusun seperti kulit yang lain, maka terjadilah parut.3

Oleh kerana terdapat perbezaan di antara jenis kecederaan dan tahap kerosakan struktur kulit anda, ia akan menjejaskan proses penyembuhan menghasilkan jenis parut yang berbeza.

Parut hipertrofik4

Penampilan parut

Parut yang timbul sepanjang kecederaan asal.

Mengapa ia terbentuk

Apabila tubuh membentuk kolagen berlebihan semasa penyembuhan luka.

Parut keloid4

Penampilan parut

Parut yang timbul dan gelap, ia akan memanjang melangkaui batas luka asal.

Mengapa ia terbentuk

Apabila tisu parut terus terhasil walaupun luka telah sembuh. Sebab sebenar parut keloid terbentuk masih tidak diketahui, tetapi mungkin kerana faktor genetik.

Parut kontraktur5

Penampilan parut

Parut yang kasar dan tidak rata di mana kulit kelihatan tertarik bersama.

Mengapa ia terbentuk

Apabila kulit di sekeliling mengecut dan mengetat, biasanya akibat terbakar.

Parut atrofik4

Penampilan parut

Parut yang terbenam dan berlubang-lubang.

Mengapa ia terbentuk

Apabila lemak di bawah kulit terhapus akibat kecederaan, biasanya disebabkan oleh jerawat.

Tiada apakah yang boleh saya lakukan? Saya tidak mahu parut yang hodoh!

Sebenarnya, ada! Walaupun luka anda kelihatan seperti sudah sembuh, kulit anda masih bekerja keras di bawah parut tersebut untuk memulihkan keadaan sebaik mungkin. Sekiranya sokongan diberikan sewaktu proses penyembuhan ini menggunakan produk rawatan parut di kaunter seperti gel silikon Dermatix®, tubuh anda mampu sembuh dengan parut yang minima!

PARUTBUKAN MASALAH BAGI PARA IBU
terbukti secara klinikal
mencerahkan, melembutkan dan meratakan parut
mudah digunakan, tidak berminyak, cepat kering dan tanpa pewangi