FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
Apakah parut?
Pembentukan parut merupakan sebahagian daripada proses penyembuhan semula jadi yang berlaku akibat kecederaan kepada tisu kulit.
Mengapakah parut perlu dirawat?
Parut yang serius dan ketara boleh menyebabkan keresahan bagi kebanyakan orang. Kadang-kala, parut boleh menyebabkan kesakitan yang perit, kegatalan dan juga menghadkan pergerakan.
Terdapat pelbagai cara untuk menangani parut yang terbentuk. Rawatan menggunakan gel silikon terbukti berkesan secara klinikal. Ini adalah rawatan parut pilihan pertama oleh pakar seluruh dunia.
Apakah jenis parut yang kerap terbentuk?
Terdapat beberapa jenis parut yang sering ditemui iaitu:
- Keloid. Ia merupakan parut yang kelihatan timbul, akibat proses penyembuhan yang terlalu agresif. Ia akan terbentuk melebihi sempadan kecederaan asal.
- Parut kontraktur. Sekiranya kulit anda melecur, parut kontraktur mungkin akan terbentuk.. Parut kontraktur akan menarik dan mengetatkan kulit, yang boleh menjejaskan keupayaan anda untuk bergerak.
- Parut hipertrofik. Parut jenis ini kelihatan timbul dan kemerahan. Ia mungkin kelihatan seperti keloid tetapi ia tidak terbentuk melebihi kecederaan asal.
- Parut akne adalah parut dan tanda bekas pembentukan akne atau jerawat. Ia mungkin berlekuk dan kelihatan seperti berlubang atau kelihatan bersimpang-siur, atau berombak. Bekas jerawat ini juga boleh kelihatan sebagai tanda dan tompok gelap.
Bagaimanakah cara untuk menjaga parut saya?
Perkara yang perlu dilakukan
- Bersihkan luka baharu dengan sabun lembut dan air. Gunakan kain balutan luka yang bersih.
- Hindari dari terdedah kepada cahaya matahari.
- Penggunaan gel silikon adalah digalakkan bagi parut tertimbul dan keloid.
Elakkan
- Mencuci menggunakan sabun atau ejen pencuci yang keras dan menghakis.
- Menyentuh terlalu kerap dan mengganggu proses penyembuhan luka.
- Menggunakan krim dan minyak yang boleh menyelaputi kulit dan menyebabkan keradangan.
Apakah Dermatix® Ultra?
Dermatix® Ultra merupakan rawatan parut berasaskan gel silikon yang terbukti secara klinikal dapat mencerahkan, melembutkan dan meratakan parut pembedahan. Gel silikon merupakan pilihan pertama yang disarankan oleh doktor untuk rawatan parut. Bagi parut yang serius/pembedahan, gunakan Dermatix® Ultra selama 6 bulan atau lebih lama, sehingga anda dapat melihat pemulihan parut.
Apakah saiz pek yang tersedia bagi Dermatix® Ultra?
Dermatix® Ultra boleh didapati dalam tiub 15g.
Bagaimankah cara menggunakan Dermatix® Ultra?
Sapu dan urutkan Dermatix® Ultra keatas kulit yang bersih dan kering sehingga terserap sepenuhnya, dua kali setiap hari pada bahagian yang terjejas – sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum tidur – Seterusnya, ia boleh dilitupi oleh pelindung matahari dan alat solek.
Adakah Dermatix® Ultra sesuai untuk kegunaan harian?
Ya, Dermatix® Ultra sesuai untuk kegunaan harian dan boleh digunakan sebagai sebahagian daripada rutin solekan anda.
Bilakah saya boleh menggunakan Dermatix® Ultra?
Dermatix® Ultra boleh digunakan sebaik sahaja luka pembedahan anda telah tertutup dan kering.
Apakah kelebihan vitamin C dalam Dermatix®?
Vitamin C berkesan untuk memudarkan pigmentasi berlebihan dan melindungi kulit daripada UVA dan UVB.
Apakah kesan sampingan menggunakan Dermatix® Ultra?
Berdasarkan kajian, tidak sepatutnya terdapat kesan sampingan seperti iritasi, kemerahan atau kesakitan menggunakan Dermatix® Ultra. . Jika anda mengalami sebarang kesan sampingan, sila berbincang dengan pakar dermatologi anda serta-merta.1.
Adakah Dermatix® Advance berkesan bagi parut terbenam?
Dermatix® Advance digunakan bagi parut yang timbul dan bukan parut terbenam. Bagi parut yang terbenam seperti parut jerawat, kami mengesyorkan Dermatix® Acne Scar.
Adakah Dermatix Advance berkesan bagi parut rata?
Dermatix® Advance membantu mencerahkan, melembutkan dan meratakan parut 2,3,4. Sekiranya parut anda rata tetapi gelap, Dermatix® Advance mengandungi Ester Vitamin C terkini yang melindungi daripada UVA/B dan membantu mencerahkan parut anda1,5.
Adakah Dermatix® Advance berkesan bagi parut melecur?
Ya, Dermatix® Advance berkesan untuk mencerahkan, melembutkan dan meratakan parut melecur.
Adakah Dermatix® berkesan bagi parut lama?
Dermatix® memberikan kesan yang lebih baik keatas parut berusia kurang daripada 2 tahun. Ia mungkin berkesan bagi parut yang lebih lama, asalkan masih ada tanda penyembuhan seperti kemerahan, kegatalan, iritasi atau pertumbuhan parut yang berterusan.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk pemulihan parut jikalau saya menggunakan Dermatix® Advance?
Perubahan awal dapat dilihat selepas 8-12 minggu penggunaan berterusan Dermatix Advance. Bagi parut major/besar, gunakan Dermatix® Advance selama 3-6 bulan atau lebih lama sehingga anda dapat melihat perubahan ketara pada parut anda.
Adakah Dermatix® Advance berkesan untuk stretch mark?
Tiada kajian pernah dilakukan mengenai keberkesanan Dermatix® Advance bagi pengurangan stretch mark.
Adakah Dermatix® Advance berkesan bagi parut keloid?
Kaedah pembedahan atau tanpa pembedahan seperti penggunaan kortikosteroid, cryotherapy, laser boleh digunakan untuk parut keloid. Selepas pembedahan, rawatan pencegahan parut harus dimulakan dan Dermatix® Advance boleh dipertimbangkan sebagai terapi baris-pertama6.
Adakah Dermatix® Ultra berkesan bagi parut jerawat?
Bagi parut jerawat, kami menyarankan Dermatix® Acne Scar untuk mencerahkan tompok gelap, tanda dan parut.
Bolehkah Dermatix® Ultra menghilangkan parut sepenuhnya?
Parut tidak mungkin dapat hilang 100%, tetapi Dermatix® Ultra mempunyai kadar kejayaan sebanyak 85% di dalam melembutkan dan memudarkan parut tertimbul4,7. Untuk hasil terbaik, mulakan penggunaan Dermatix® Ultra dua kali sehari, sebaik sahaja luka anda sembuh dan tertutup.
Bukankah helaian silikon lebih baik kerana ia melindungi luka dan memberikan tekanan?
Ujian klinikal telah menunjukkan bahawa gel silikon seperti Dermatix® Ultra and Advance memberikan hasil pengurangan parut yang sama atau lebih baik berbanding helaian gel silikon dan lebih mudah untuk digunakan serta kurang menyusahkan atau menyebabkan iritasi3.
Adakah Dermatix® Advance berkesan bagi gigitan nyamuk?
Dermatix® Advance berkesan bagi parut tertimbul disebabkan pelbagai situasi termasuk gigitan serangga, dan Dermatix® Advance juga boleh mengurangkan ketegangan dan kegatalan3. Anda hanya perlu menyapukan sedikit Dermatix® Advance kepada parut gigitan tersebut.
Bagaimanakah cara menggunakan Dermatix® Advance?
Penggunaan Dermatix® Advance adalah mudah dan pantas. Anda akan dapat melihat perubahan pada parut anda jika anda menggunakan arahan yang betul. Anda tidak perlu menggunakan gel yang banyak sekiranya anda mengikuti langkah-langkah berikut:
Bersihkan kawasan terlibat dengan sabun lembut dan air.
Keringkan dengan lembut. Sapukan amaun sebesar kacang pis di hujung parut dan dengan lembut ratakan menjadi lapisan nipis ke seluruh kawasan terlibat. Amaun yang kecil ini memadai untuk melitupi parut bersaiz 6-inci.
Biarkan kering selama 1-2 minit. Setelah kering, Dermatix® Advance boleh dilitupi dengan alat solek atau pelindung cahaya matahari. Sapukan Dermatix® Advance dua kali sehari.
Bagaimanakah cara menggunakan Dermatix® Ultra?
Dermatix® Ultra hanya boleh digunakan pada kulit yang kering dan utuh. Sila pastikan luka anda telah sembuh sebelum memulakan rawatan dengan Dermatix Ultra. Penggunaan adalah seperti berikut:
Bersihkan kawasan terlibat dengan sabun lembut dan air.
Keringkan dengan lembut. Sapukan amaun sebesar kacang pis di hujung parut dan dengan lembut ratakan menjadi lapisan nipis ke seluruh kawasan terlibat. Amaun ini nemadai untuk melitupi parut bersaiz 6-inci. Amaun yang lebih tidak akan meningkatkan keberkesanannya jadi elakkan menggunakan terlalu banyak.
Biarkan kering selama 1-2 minit. Setelah kering, Dermatix® Ultra boleh dilitupi dengan alat solek atau pelindung cahaya matahari1.
Bolehkah saya menggunakan pelindung cahaya matahari atau alat solek selepas menggunakan Dermatix® Advance?
Ya, selepas menggunakan Dermatix® Advance Advance untuk parut anda, anda boleh dengan bebas menggunakan pelindung cahaya matahari atau alat solek melitupi bahagian tersebut1.
Bolehkah Dermatix® Ultra digunakan bersama kunyit?
Tiada kajian pernah dilakukan mengenai penggunaan Dermatix® Ultra bersama kunyit.
Bolehkah Dermatix® Ultra digunakan bersama helaian silikon?
Dermatix® Ultra tidak perlu digunakan bersama helaian silikon kerana kedua rawatan membantu pengurangan parut menggunakan mekanisme yang hampir serupa. Namun begitu, sebagai gel, Dermatix® Ultra lebih mudah disapukan berterusan dan tidak akan menyebabkan ketidakselesaan seperti helaian silikon.
Adakah lapisan Dermatix® Ultra saya akan lenyap akibat berpeluh atau disapu?
Teknologi silikon CPX (siklopentasiloksan) kami memberikan Dermatix® Ultra keupayaan sapuan yang hebat, ciri cepat kering, ketahanan yang diperbaiki dan tidak mudah dicuci1
Apakah larangan penggunaan Dermatix® Advance?
- Dermatix® Advance hanya untuk kegunaan luaran.
- Elakkan terkena mata, membran mukus, lecuran darjah ke-3 dan luka yang terbuka1.
- Dermatix tidak harus disapukan keatas persediaan antibiotik atau rawatan atau produk kulit lain1.
- Jangan dedahkan parut kepada suhu atau cahaya matahari yang keterlaluan1.
- Elakkan pakaian ketat kerana ia mungkin menyebabkan iritasi atau mencederakan tisu parut1.
- Berhati-hati sewaktu senaman regangan yang mungkin akan memberi menjejaskan kulit parut yang sensitif1.
- Dermatix mungkin akan meninggalkan tanda pada pakaian sekiranya ia belum kering sepenuhnya.
- Jauhkan daripada kanak-kanak1.
Adakah Dermatix® Ultra selamat digunakan sewaktu hamil?
Sila berbincang dengan doktor anda jika anda mahu menggunakan Dermatix® Ultra sewaktu hamil. Tiada maklumat yang mencukupi mengenai keselamatan penggunaan produk ini sewaktu hamil
Bolehkah Dermatix® Ultra ditinggalkan pada kulit semalaman?
Ya, Dermatix® Ultra boleh ditinggalkan semalaman.
Bolehkah Dermatix® Ultra digunakan bersama ubat topikal lain?
Tidak, kami tidak menyarankan penggunaan ubat lain di bawah Dermatix® Ultra, dan sebarang ubat yang disapukan melitupi Dermatix® Ultra tidak akan berkesan kerana Dermatix® Ultra membentuk penghalang, dan akan menghalang ubat lain melepasinya.
Bilakah rawatan Dermatix® Ultra boleh bermula selepas pembedahan?
Rawatan Dermatix® Ultra harus dimulakan hanya selepas luka telah tertutup, tidak lagi berdarah, dan jahitan telah ditanggalkan. Sebagai rujukan, biasanya anda boleh mula menggunakan Dermatix Ultra 1 hari selepas luka kecil, 3 hari selepas lecuran ringan, 7 hingga 10 hari selepas luka yang dalam, 7 hari selepas pembedahan wajah atau kelopak mata, dan 10 hingga 14 hari selepas pembedahan major9.
Bolehkah Dermatix® Ultra disapukan pada luka baharu yang masih terbuka?
Jangan sapukan Dermatix® Ultra Ultra pada luka yang terbuka kerana ia akan mengganggu proses penyembuhan semula jadi luka tersebut. Dermatix Ultra adalah produk pengurangan parut dan bukannya produk penyembuhan luka.
Bolehkah produk Dermatix® digunakan untuk kanak-kanak atau bayi?
Produk Dermatix® tidak menunjukkan kontraindikasi untuk kegunaan bayi atau kanak-kanak. Terdapat kajian di mana produk Dermatix® telah digunakan pada bayi tanpa sebarang kesan merbahaya10. Sila berhati-hati untuk mengelakkan anak anda daripada tertelan gel tersebut.
Bolehkah Dermatix® Ultra digunakan bersama ubat oral lain?
Ya, Dermatix® Ultra tidak memasuki saluran darah jadi ia selamat untuk digunakan bersama ubat oral lain.
Saya memnpunyai alergi terhadap gel silikon, bolehkah saya menggunakan produk Dermatix®?
Sekiranya anda mempunyai alergi terhadap gel silikon, anda harus mengelak daripada menggunakan produk Dermatix® dan persediaan gel silikon lain kerana ia akan menyebabkan kemerahan, kegatalan dan iritasi.
Bolehkah ibu menyusu menggunakan Dermatix® Ultra?
Ya, Dermatix® Ultra tidak menembusi kulit atau atau ke saluran darah jadi ia adalah selamat untuk ibu menyusu. Namun begitu, jika anda menggunakan Dermatix® Ultra di bahagian dada, anda harus membersihkan gel sebelum menyusu supaya bayi anda tidak tertelan gel dengan tidak sengaja.
Apakah jenis vitamin C dalam Dermatix®?
Dermatix® mengandungi ester Vitamin C. Ia adalah Pro Vitamin C dalam bentuk lipid aktif yang baharu, yang memastikan kestabilan dan penembusan kulit yang lebih baik. Ia juga mempunyai PH neutral maka ia tidak menyebabkan kerengsaan kepada kulit.
Berapa lamakah satu tiub Dermatix® Ultra boleh bertahan?
Setitik gel Dermatix® Ultra bersaiz kacang pis memadai untuk meliputi parut sebesar 6 inci. Tiub bersaiz 15g Dermatix® Ultra boleh bertahan selama 2 bulan apabila disapukan 2 kali sehari.
Apakah Dermatix® Acne Scar?
Dermatix® Acne Scar merupakan formula rawatan parut jerawat terkini oleh pakar dermatologi di Eropah untuk memperbaiki parut jerawat dan penampilan parut jerawat baharu dan lama. Dengan bahan aktif seperti perangsang kecantikan niasinamid ActivGCS dan ekstrak siput, Dermatix® Acne scar direka khas untuk memperbaiki kulit berminyak, berjeragat dan mudah berjerawat.
Dengan penggunaan berterusan, gel ini membantu mencerahkan tanda dan tompok gelap, dan melembutkan serta melicinkan kulit dengan kesan primer.
Bagaimanakah cara menggunakan Dermatix® Acne Scar?
Sapu dan ratakan Dermatix® Acne Scar pada kulit yang bersih dan kering sehingga menyerap sepenuhnya, dua kali setiap hari pada bahagian yang terjejas – sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum tidur – Seterusnya, ia boleh dilitupi oleh pelindung matahari dan solekan..
Adakah Dermatix® Acne Scar sesuai untuk kegunaan harian?
Ya, Dermatix® Acne Scar sesuai untuk digunakan setiap hari pada kulit yang bersih tanpa jerawat dan boleh digunakan sebagai sebahagian daripada rutin solekan.
Bolehkah saya menggunakan Dermatix® Acne Scar pada jerawat yang masih terbuka?
Elakkan penggunaan Dermatix® Acne Scar pada luka terbuka. Dermatix® Acne Scar mempunyai kesan yang terbaik pada luka jerawat yang sembuh dan tutup.
Bolehkah Dermatix® Acne Scar digunakan semasa hamil/menyusu?
Kami mengesyorkan bahawa anda berunding dengan doktor/pakar sakit puan anda jika anda ingin menggunakan produk ini dalam keadaan sedemikian.
Bagaimanakah Dermatix® Advance bertindak?
Dermatix® Advance adalah satu formula parut gel silikon terkini yang telah terbukti secara klinikal untuk mencerah, melembut dan meratakan parut.
Bilakah saya boleh mula menggunakan Dermatix® Advance?
Mulakan penggunaan Dermatix® Advance apabila luka tersebut telah kering, setelah kuping tertanggal.
Berapa lamakah satu tiub Dermatix® Advance boleh bertahan?
Setitik gel Dermatix® Advance bersaiz kacang pis memadai untuk meliputi parut sebesar 6 inci. Tiub bersaiz 9g Dermatix® Advance boleh bertahan selama 6 minggu manakala tiub bersaiz 15g boleh bertahan selama 2 bulan apabila digunakan 2 kali sehari.
Apakah saiz tiub Dermatix® Advance yang ada?
Ia boleh didapati dalam saiz 9g dan 15g.
Bolehkah Dermatix® Ultra digunakan pada bibir?
Ya, Dermatix® Ultra selamat digunakan pada bibir, tetapi tidak di dalam mulut.8
Bolehkah Dermatix® Ultra digunakan pada kelopak mata selepas blefaroplasti?
Ya, tetapi anda harus berhati-hati supaya gel tidak memasuki mata dan anda mungkin dapat merasa sedikit kepedihan yang sementara dan tidak merbahaya.
Berapa lamakah satu tiub Dermatix® Ultra boleh digunakan selepas dibuka?
Selepas dibuka, Dermatix® Ultra selamat untuk digunakan sehingga tarikh luput.
Bagaimanakah cara untuk menyimpan Dermatix® Ultra?
Simpan tiub anda jauh daripada sumber haba, pada suhu di bawah 25°C.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk pemulihan parut saya?
Kami mencadangkan tempoh rawatan minima selama 60 sehingga 90 hari, di mana parut yang lebih lama atau besar memerlukan tempoh yang lebih panjang. Dermatix® Ultra selamat digunakan selagi terdapat kesan pemulihan berterusan. Untuk hasil terbaik, gunakan Dermatix® Ultra dua kali sehari selama 3 bulan untuk parut kecil, 6 sehingga 9 bulan bagi parut melecur atau parut pembedahan.
Apakah jenis parut yang boleh dirawat dengan Dermatix® Ultra Kids?
Adakah Dermatix® Ultra Kids boleh digunakan bagi parut yang rata?
Dermatix® Ultra Kids dapat memudarkan, melembutkan dan meratakan parut. Jika anda mempunyai parut yang rata tetapi gelap, Dermatix® Ultra Kids mempunyai Ester Vitamin C yang baharu yang akan mencerahkan parut anda.
Apakah itu Dermatix® Ultra Kids?
Siapakah yang boleh menggunakan Dermatix® Ultra Kids?
Dermatix® Ultra Kids adalah selamat digunakan ke atas bayi berusia 3 bulan dan ke atas. Dermatix® Ultra Kids adalah lembut pada kulit yang sensitif dan halus.
Adakah Dermatix® Ultra Kids berkesan ke atas parut lama?
Untuk hasil terbaik, parut haruslah dirawatkan dengan Dermatix® Ultra Kids seelok selepas luka telah kering dan tertutup1. Dermatix® Ultra Kids patut digunakan dalam masa 2 tahun setelah parut terbentuk.
Bagaimanakah cara menggunakan Dermatix® Ultra Kids?
- Bersihkan kawasan parut dengan sabun yang lembut dan air, kemudian lap sehingga kering.
- Letakkan gel sebesar kacang pea pada hujung parut dan sapu dengan lembut untuk meratakannya di seluruh bahagian yang berparut.
- Biarkan kawasan tersebut kering selama 1-2 minit. Setelah kering, Dermatix® Ultra Kids boleh digunakan bersama-sama losen atau krim pelindung matahari.
- Gunakan Dermatix® Ultra Kids dua kali sehari pada permukaan parut yang bersih, kering dan luka yang tertutup sahaja.
Bolehkan saya menggunakan Dermatix® Ultra Kids pada luka yang masih terbuka dan baru?
Adakah terdapat larangan-larangan bagi kegunaan Dermatix® Ultra Kids?
- Dermatix® Ultra Kids tidak patut digunakan pada luka yang terbuka atau masih basah.
- Dermatix® Ultra Kids tidak patut disapukan pada membran mukosa atau disapukan terlalu dekat dengan mata.
- Dermatix® Ultra Kids tidak patut digunakan serentak dengan ubat kulit yang lain tanpa mendapatkan nasihat doktor.
Adakah Dermatix® Ultra Kids selamat untuk digunakan?
Dermatix®️ Ultra Kids tidak akan menyebabkan keradangan, kemerahan atau kesakitan. Jika berlaku apa-apa kesan sampingan, hubungi ahli farmasi atau doktor anda secepat mungkin. Produk ini jugak tidak disyorkan digunakan ke atas kanak-kanak yang sensitif terhadap produk berasaskan silikon.
Bolehkah Dermatix® Ultra Kids digunakan pada bibir?
Ya, Dermatix® Ultra Kids adalah selamat untuk digunakan pada bibir, tetapi bukan untuk di dalam mulut.
Adakah salutan Dermatix® Ultra Kids saya akan hilang jika terkena peluh atau dikesat?
Teknologi Silikon CPX kami memberikan Dermatix® Ultra Kids kebolehsapuan yang bagus, cepat kering, ketahanan tinggi dan kalis air.
Bagaimanakah dapat saya tentukan sama ada Dermatix® Ultra Kids berkesan?
Parut biasanya berwarna merah atau gelap berbanding dengan kulit normal di sekitarnya. Parut juga biasanya tebal, kering dan tidak rata dan mungkin gatal atau sakit. Dengan penggunaan Dermatix® Ultra Kids yang kerap dan betul, parut anak akan sekata, lebih lembut dan pudar beransur dengan masa. Kegatalan dan kesakitan akan berkurangan dengan penggunaan Dermatix® Ultra Kids.
Berapa lamakah satu tiub Dermatix® Ultra Kids bertahan?
Satu tiub Dermatix® Ultra Kids 9 gram boleh bertahan selama lebih kurang 6 minggu bagi parut sebesar 6 inci.
Bagaimanakah cara untuk menyimpan Dermatix® Ultra Kids?
Simpanlah tiub-tiub anda jauh daripada sumber haba, pada suhu di bawah 25°C.
Berapa lamakah satu tiub Dermatix® Ultra Kids dapat digunakan selepas dibuka?
Selepas dibuka, Dermatix® Ultra Kids selamat digunakan hingga ke tarikh luputnya.
Apa yang harus saya lakukan sekiranya Dermatix® Ultra Kids terkena pada mata?
Mata anda mungkin terasa pedih buat sementara waktu, tetapi tiada kemudaratan berkekalan. Bilas mata anda dengan larutan salin untuk mengurangkan kepedihan itu.
- Dermatix® Ultra patient information leaflet
- Yun IS, et al. Aesth Plast Surg (2013) 37:1176-1181
- Chernoff WG, et al. Aesth Plast Surg 2007;31:495-500
- Fulton JE. Dermatol Sur 1995_21_947-51
- Farris PK. Topical vitamin C: a useful agent for treating photoaging and other dermatologic conditions. Dermatol Surg 1995;21:947-951
- Kim S, et al. Update on scar management: guidelines for treating Asian patients. Plast Reconstr Surg, 2013;1580-9
- Mercer NSG, Silicone gel in the treatment of kelooid scars. Br J Plastic Surg. 1989;42:83-87
- Chan KY, et al. Plast Reconstr Surg 2005;116:1013-1020
- Monstrey S, et al. Updated scar management practical guidelines: non-invasive and invasive measures. J Plast Reconstr Aesthet Surg 2014;67(8):1017-25
- Chang CS et al. Clinical evaluation of silicone gel in the treatment of cleft lip scars, 2018;8:7422
- Mustoe TA. Evolution of Silicone Therapy and Mechanism of Action in Scar Management. Aesth Plast Surg. 2008;32:82-92
- Sepehrmanesh. Observational study of 1522 patients using Dermatix" Gel. Kompendium Dermatologie. 2006; 1
- Hosnuter M. The effects of onion extract on hypertrophic and keloid scars. J Wound Care. 2007 June; 16(6):251-4