Copyright © 2020 Menarini Asia-Pacific
(Co. Reg. No. 200503853W)

Melecur semasa memasak? Rawat sekarang!

Samada anda memasak untuk seisi keluarga untuk meraikan sesuatu perayaan atau memasak mi segera di dalam cawan, kemalangan di dapur dan melecur mungkin sahaja berlaku. Di sini minyak tertumpah, di sana air mendidih melimpah, dalam masa beberapa saat sahaja kulit boleh melecur.

Sekiranya berlaku kemalangan di dapur yang melibatkan lecuran, pertama sekali lalukan air sejuk ke kawasan melecur sehingga “rasa melecur” berkurangan. Melalukan air sejuk serta-merta ke atas lecuran bukan sahaja membantu mengurangkan kesan melecur tersebut, tetapi ia juga membersihkan luka melecur daripada bendasing yang boleh membawa kepada jangkitan.

Setelah “rasa terbakar” mula hilang, keringkan dengan lembut kawasan terlibat dengan kain yang bersih dan sapukan lapisan nipis krim ke atasnya. Sebenarnya, rawatan di rumah yang popular seperti ubat gigi, kicap dan lain-lain tidak membantu kesan melecur, jadi tidak perlulah digunakan. Jika terdapat lepuhan (blister), biarkan sahaja - memecahkan blister boleh menyebabkan bakteria memasuki luka anda dan menyebabkan jangkitan.1

Lindungi luka anda dengan samada melekatkan atau membalut pembalut kasa steril yang tidak melekat, dan tukar pembalut setiap hari. Jangan gunakan pembalut yang mudah terurai kerana benang yang terurai mungkin akan melekat pada luka melecur anda.1 Sekiranya anda merasa sakit sewaktu pemulihan, anda boleh mengambil ubat penahan sakit yang boleh didapati di farmasi.1 Luka melecur yang kecil boleh mengambil masa sehingga 3 minggu untuk sembuh, dan anda mungkin akan merasa sangat gatal sepanjang waktu itu - jangan garu!1

Apabila luka anda sudah tertutup, anda mungkin akan dapat melihat pembentukan parut. Secara amnya, lebih dalam luka tersebut, lebih besar kemungkinan untuk parut terbentuk.1 Pada peringkat ini, sekiranya anda masih merawat luka anda dengan ubat luka, anda boleh menghentikannya kerana ia sudah menjadi parut, bukan lagi luka. Sebaliknya, sebaik sahaja kulit anda kering, anda harus memulakan rawatan menggunakan produk pengurangan parut seperti Dermatix® Ultra serta-merta . Dermatix® Ultra bekerjasama dengan proses penyembuhan semula jadi tubuh anda untuk meminimakan parut2 - jadi lebih awal anda memulakan rawatan, lebih efektif pengurangan parut

Dengan penjagaan dan rawatan yang betul, anda akan kembali memasak dengan yakin secepat mungkin!

Pudarkan parut anda
Formula parut terkini
Memudarkan, menghaluskan dan meratakan parut
Dengan Ester Vitamin C untuk merangsang pemudaran
Sumber
  1. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000662.htm. Last Accessed June 2019
  2. Mustoe TA, Evolution of silicone therapy and mechanism of action in scar management. Aesth Plast Surg. 2008;32:82-92