Copyright © 2020 Menarini Asia-Pacific
(Co. Reg. No. 200503853W)

Persediaan untuk Pembedahan Caesar

Tidak mudah untuk membuat persediaan menghadapi pembedahan Caesar. Namun begitu, dengan sedikit perancangan, anda akan bersedia lebih awal untuk ke hospital dan kemudiannya pulang ke rumah bersama permata hati anda. Kami telah menyediakan senarai semakan untuk membantu anda merancang dan menyediakan apa yang anda perlu bawa untuk hari yang paling penting di dalam hidup anda! 1,2,3,4,5

 

Perkara yang perlu dilakukan sebelum mendaftar masuk ke hospital

Oleh kerana anda akan menghadapi kesukaran untuk bergerak beberapa minggu selepas pembedahan, anda harus menyediakan beberapa perkara lebih awal untuk memudahkan anda selepas bersalin.

 

  • Dapatkan bantuan seseorang di rumah sekurang-kurangnya untuk dua minggu pertama selepas pembedahan.
  • Alihkan barang-barang anda berdekatan katil dan sofa supaya anda tidak perlu kerap bergerak.
  • Sediakan dan sejukbekukan makanan anda cukup untuk beberapa hari supaya anda tidak perlu memasak.
  • Dapatkan beberapa bra kapas khas untuk selepas bersalin dan bantal khas untuk penyusuan badan.
  • Sediakan stok paracetamol, pad selepas bersalin dan pad payudara.
  • Mandi sebelum bergerak ke hospital.
  • Jangan makan atau minum enam sehingga lapan jam sebelum pembedahan-C - walaupun air.
  • Dapatkan seluar kapas yang longgar, dan pinggangnya cukup tinggi untuk menutupi luka pembedahan-C anda.
  • Bercukur dan “waxing” akan membolehkan penukaran pembalut luka lebih selesa
  • Bawa bersama anda satu tiub Dermatix® Ultra, rawatan parut berbentuk gel silikon , supaya anda boleh mula merawat parut pembedahan-C anda sebaik sahaja jahitan ditanggalkan.

Barang-barang yang perlu anda bawa untuk pembedahan-C

Senarai berikut adalah barang-barang yang harus anda bawa semasa berada di hospital selepas pembedahan-C kerana anda bukan sahaja baru melahirkan, tetapi juga sedang menjalani pemulihan daripada pembedahan besar.

 

  • Selipar tanpa belakang yang mudah dipakai, kerana sukar bagi anda membongkok untuk memakai kasut.
  • “Nappy sack” atau beg buangan lampin untuk anda membuang apa sahaja yang tidak digunakan tanpa perlu banyak bergerak.
  • Jubah santai yang ringan dan berwarna gelap untuk menyembunyikan kesan kotoran, kerana akan terdapat pendarahan dan kebocoran beberapa hari selepas bersalin.
  • Penyedut minuman yang boleh dibengkokkan kerana anda akan sukar untuk duduk dan minum apabila luka pembedahan-C masih baharu.
  • Snek yang kaya dengan serat untuk membantu mengurangkan sembelit, kerana anda tidak boleh meneran terlalu kuat sebelum luka anda tertutup sepenuhnya.
  • Tisu basah supaya anda sentiasa segar, kerana mungkin anda akan merasakan susah untuk berjalan ke bilik air.
  • Beberapa pasang seluar dalam kapas yang mempunyai pinggang tinggi kerana seluar dalam biasa mungkin akan bergesel dengan luka anda.

 

Barang lain yang patut juga berada di dalam beg hospital anda

Jangan lupa untuk membawa barang-barang lain yang biasanya diperlukan juga.

 

  • Telefon dan pengecas bersama kabel mengecas yang panjang.
  • Sebuah kamera sekiranya anda mahukan pasangan anda mengambil gambar atau video kelahiran bayi anda.
  • Pad selepas bersalin, sebanyak yang boleh.
  • Bra menyusu yang lebih besar, kerana payudara anda akan membesar apabila susu mula terhasil.
  • Sebanyak mungkin pad payudara.
  • Minyak lanolin tulen untuk puting anda, kerana ia mungkin sakit apabila menyusukan bayi.
  • Selendang atau shawl andai kata anda kesejukan.
  • Pelembap bibir dan kulit.
  • Sebuah beg mengandungi tuala, sikat, berus gigi, ubat gigi, deodoran, gel mandian dan syampu.
  • Penutup mata dan penyumbat telinga sekiranya anda seseorang yang mudah terjaga daripada tidur.
  • Baju tidur yang longgar dan berlengan pendek.
  • Pakaian yang longgar dan selesa untuk anda pakai setelah anda mampu bangun dan bergerak.

Keperluan bayi anda

Anda akan berada di hospital untuk jangka masa yang agak lama, jadi pastikan anda juga bersedia untuk bayi anda.

 

  • Lebih kurang lima pasang baju tidur bayi.
  • 12 lampin pakai buang setiap hari.
  • Kain muslin untuk mengelap susu.
  • Beberapa pasang stokin dan kasut bayi.
  • Beberapa helai topi - bayi anda akan kehilangan haba melalui kepalanya.
  • Sepasang pakaian bayi untuk pulang ke rumah.
  • Selimut bayi untuk mengelakkan bayi kesejukan sewaktu hendak pulang.
  • Sarung tangan untuk menghalang bayi anda daripada menggaru diri tanpa sengaja.
  • Tikar pakai buang untuk mengurangkan penukaran cadar.
  • “Car seat” bayi, sekiranya anda akan pulang dengan kereta.

Akhir sekali, sebaik sahaja anda pulang bersama bayi anda dan insisi pembedahan-C anda sembuh, jangan lupa untuk merawat parut anda menggunakan Dermatix® Ultra, rawatan parut gel silikon kami yang terbukti berkesan secara klinikal!

Pudarkan parut anda hari ini
Terbukti secara klinikal
Memudarkan, menghaluskan dan meratakan parut
Mudah digunakan, tidak berminyak, cepat kering dan tanpa pewangi