Copyright © 2024 Menarini Asia-Pacific
(Co. Reg. No. 200503853W)

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Parut Melecur Lama anda

Dari sudut saintifik, rawatan parut telah melalui perubahan yang besar sepanjang beberapa dekad ini. Hasilnya, kaedah rawatan parut hari ini boleh memudarkan dan mengurangkan penampilan parut anda dengan signifikan. Sekiranya anda mempunyai parut lama yang tidak pernah dirawat, inilah masa yang sesuai untuk anda merawatnya.

Parut pertama anda mungkin sudah wujud sejak sekian lama. Pada waktu itu, anda belum pernah mendengar tentang rawatan parut dan menyangka bahawa lama-kelamaan parut itu akan pudar, namun ia masih ada. Kini ia menjadi sebahagian daripada hidup anda, tetapi sekali sekala anda mengangankan ia tiada lagi, atau sekurang-kurangnya tidak begitu jelas.

Mungkin sudah tiba masanya untuk anda mengucapkan selamat tinggal kepada parut lama anda.

Ya, anda tidak tersalah baca - anda boleh melakukan sesuatu untuk parut lama anda! Walaupun penyelesaian paling ideal adalah untuk anda merawat parut anda dari awal menggunakan gel pengurangan parut yang terbukti secara klinikal1,2,3 seperti Dermatix® Ultra, masih terdapat beberapa kaedah lain untuk anda menangani parut lama.

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Parut Melecur Lama anda
 

Setiap jenis rawatan ini sesuai bagi parut yang berbeza, dan mempunyai kebaikan dan keburukan yang berbeza - anda harus berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan saranan terbaik.

Apa sahaja rawatan yang anda pilih, jangan ulangi kesilapan yang dahulu- sebaik sahaja kulit anda sembuh daripada prosedur tersebut, anda harus memulakan rawatan menggunakan Dermatix® Ultra untuk memperbaiki lagi hasil prosedur pengurangan parut anda!

Pudarkan parut anda
Formula parut terkini
Memudarkan, menghaluskan dan meratakan parut
Dengan Ester Vitamin C untuk merangsang pemudaran
Sumber
  1. Yun IS, et al. Aesth Plast Surg (2013) 37:1176-1181
  2. Chernoff WG, et al. Aesth Plast Surg 2007;31:495-500
  3. Fulton JE. Silicone gel sheeting for the prevention and management of evolving hypertrophic and keloid scars. Dermatol Surg 1995;21:947-951
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3996787/. Last Accessed June 2019
  5. https://www.asds.net/skin-experts/skin-treatments/punch-grafting-for-scars. Last Accessed June 2019
  6. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5965337/. Last Accessed June 2019