Copyright © 2024 Menarini Asia-Pacific
(Co. Reg. No. 200503853W)

Tip Berguna untuk menangani Parut Pembedahan - C

Kehidupan seorang wanita penuh dengan pelbagai perubahan, salah satu perubahan besar adalah melahirkan anak. Wanita bukan sahaja melahirkan anak, malah melahirkan pelbagai kemungkinan yang baharu. Sebagai ibu, mereka memainkan berbagai peranan dan menempuhi banyak cabaran yang baharu - kesemuanya menjadikan mereka “superwoman”, wanita yang hebat.

Sekiranya anda seorang ibu yang pernah melalui pembedahan -C, anda bukan sahaja telah melahirkan anak -anda juga seorang wanita yang telah menjalani pembedahan abdomen yang besar. Walaupun penggunaan gaun longgar dan jubah masih digalakkan, secara dalaman anda perlu melakukan sesuatu yang berlainan.

Dengan insisi (potongan) di bahagian bawah abdomen anda, seluar dalam yang besar sahaja tidak memadai. Sebaliknya, anda sepatutnya mempertimbangkan seluar dalam yang direka khas untuk ibu-ibu yang telah menjalani pembedahan-C. Seluar dalam untuk pembedahan Caesar ini akan melitupi kawasan pembedahan dengan selesa, dan biasanya akan mempunyai beberapa atau semua ciri berikut1:

 

Silikon

Untuk membantu meminimakan penampilan parut pembedahan-C anda

Pemampatan

Untuk mengurangkan bengkak sekeliling insisi dan menyokong tisu yang lemah

 

Muat dengan selesa

Untuk mengurangkan kegatalan dan melindungi kulit anda yang sedang menjalani proses penyembuhan

 

Sokongan yang boleh dilaraskan

Supaya pemampatan boleh diubah selaras dengan pemulihan anda

 

Rekabentuk yang memberikan sokongan

Untuk mengurangkan cairan berlebihan dan meratakan bonjolan insisi.

 

Reka bentuk pinggang berjejalur

Untuk mengelakkan ketidakselesaan pinggang elastik

Silikon

Untuk membantu meminimakan penampilan parut pembedahan-C anda

Pemampatan

Untuk mengurangkan bengkak sekeliling insisi dan menyokong tisu yang lemah

 

 

Seluar dalam pembedahan-C boleh didapati di kedai materniti atau penjual atas talian besar, jadi pastikan anda mendapatkan beberapa helai sebelum hari bersalin anda.

Selain daripada itu, ibu yang menjalani pembedahan-C juga harus lebih berhati-hati sewaktu bergerak - elakkan naik dan turun tangga, elakkan daripada mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda dan pegang dengan lembut insisi anda sewaktu anda bersin, batuk atau ketawa.2

Elakkan hubungan intim dan senaman sehingga doktor anda mengesahkan bahawa ianya selamat untuk dilakukan, dan jangan gunakan tampon atau douche2 dalam masa lebih kurang enam minggu pertama - pemulihan tubuh anda akan lebih baik sekiranya tiada gangguan dari luar

Sekiranya anda menyusu badan, anda harus minum banyak air dan cuba untuk makan berbagai jenis makanan untuk kesihatan anda dan bayi anda. Kajian menunjukkan bahawa rasa sayuran yang anda makan akan menyerap ke dalam susu badan dan meningkatkan kemungkinan anak anda menyukai sayuran tersebut di masa hadapan!3

Akhir sekali, selepas insisi anda sembuh, anda harus menjaga dengan baik parut anda yang baru terbentuk itu. Walaupun permukaan luka anda kelihatan sudah tertutup, tubuh anda masih terus membaik pulih di bawahnya. Sila rujuk artikel kami berkenaan penjagaan parut pembedahan-C untuk mengetahui tentang apa yang boleh dan tidak boleh anda lakukan, dan jangan lupa untuk memulakan rawatan menggunakan produk memudarkan parut seperti gel silikon Dermatix® Ultra untuk memudarkan parut anda!

Pudarkan parut anda hari ini
Terbukti secara klinikal
Memudarkan, menghaluskan dan meratakan parut
Mudah digunakan, tidak berminyak, cepat kering dan tanpa pewangi
Sumber
  1. https://www.healthline.com/health/pregnancy/c-section-underwear#2. Last Accessed June 2019
  2. Mayo Clinic Guide To A Healthy Pregnancy Harms, Roger W., M.D., et al, Chapter 12. Planning Your Pregnancy and Birth Third Ed. The American College of Obstetricians and Gynecologists, Ch. 9
  3. Mennella JA. (2006). Development of food preferences: Lessons learned from longitudinal and experimental studies. DOI: 10.1016/j.foodqual.2006.01.008