Copyright © 2024 Menarini Asia-Pacific
(Co. Reg. No. 200503853W)

Penjagaan parut pembedahan Caesar anda

Melahirkan anak merupakan pengalaman yang amat bermakna bagi para ibu. Bukan sahaja ia melibatkan perubahan fizikal yang besar, tetapi ia juga menguji kekuatan mental. Daripada perubahan mood sehinggalah kepada kekurangan tidur, ia merupakan waktu yang mencabar bagi setiap ibu.

Bukan itu sahaja, sebagai ibu yang melalui pembedahan-C, anda harus menempuhi segalanya di samping menjaga parut pembedahan-C yang masih baharu, sakit dan oh-sungguh gatal. Walaupun anda sangat sibuk dan sangat letih, anda tidak seharusnya mengabaikan parut anda - lebih awal anda mula menguruskan parut pembedahan-C anda, lebih cepat ia akan sembuh dengan lebih baik, dan kuranglah satu kerisauan yang perlu anda hadapi.

Kegatalan yang menjengkelkan itu sebenarnya tanda bahawa tubuh anda masih berusaha untuk memperbaiki parut anda, yang juga bermaksud bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk merawat menggunakan rawatan seperti gel silikon Dermatix@ Ultra - dengan memulakan rawatan sebaik sahaja jahitan anda ditanggalkan, anda akan menikmati kesan pengurangan parut yang terbaik.

Dengan penggunaan yang ringkas hanya dua kali sehari, Dermatix® Ultra akan membentuk penghalang sekeliling parut pembedahan-C anda dan menyokong proses penyembuhan semula jadi tubuh anda untuk meminimakan parut.1

Selain daripada merawat parut anda dengan Dermatix® Ultra, penjagaan parut yang betul juga akan membantu pemulihannya. Lihatlah senarai perkara yang boleh dan tidak boleh anda lakukan dalam penjagaan parut pembedahan-C supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan!

 

YA  Biarkan air sabun mengalir ke parut pembedahan-C anda untuk membersihkannya. Keringkan dengan lembut.2

JANGAN  menggosok atau mengelap parut anda dengan kasar.2

YA  Mulakan berjalan kaki di sekitar kejiranan anda untuk meningkatkan aliran darah.2

JANGAN  melakukan senaman yang memerlukan anda membongkok atau memusingkan badan, atau yang melibatkan gerakan mengejut.2

YA  . Cuba dedahkan parut anda sebanyak mungkin untuk menggalakkan penyembuhan.2

JANGAN  dedahkan parut anda kepada cahaya matahari, kerana ia akan menyebabkan parut anda menjadi lebih gelap atau lebih ketara.2

YA  Pegang sesuatu dengan rapat dan ketat ke parut anda sekiranya anda merasa gatal.3

JANGAN  garu parut anda kerana ia mungkin boleh membawa kepada jangkitan.3

 

Oleh kerana tubuh anda masih membaik pulih di bawah parut pembedahan-C anda, anda mungkin akan merasakan iritasi dan kebas. Cuba sebaik mungkin untuk menjaga parut anda supaya sentiasa kering untuk meminimakan iritasi, dan walaupun perasaan kebas itu bukanlah suatu komplikasi, sekiranya ia membimbangkan anda, beritahu doktor anda.3

Namun begitu, sekiranya anda mengalami sebarang gejala berikut, anda harus menghubungi doktor anda serta-merta:

 

Kemerahan atau bengkak di sekeliling parut anda atau pada salah satu daripada kaki anda3, 4
Kesakitan melampau atau semakin teruk di sekeliling parut, perut atau betis anda3, 4
Cairan mengalir daripada parut anda3

Namun begitu, jangan terlalu risau, hanya lebih kurang 12% pembedahan-C akan mendapat jangkitan - dan rawatan antibiotik akan mengurangkan risiko jangkitan kepada 50%. Dengan penjagaan yang rapi dan Dermatix® Ultra, insisi dan parut pembedahan-C anda akan sembuh tanpa sebarang masalah - jadi buang kebimbangan anda jauh-jauh dan nikmati sepenuhnya kehidupan sebagai seorang ibu!

Pudarkan parut anda hari ini
Terbukti secara klinikal
Memudarkan, menghaluskan dan meratakan parut
Mudah digunakan, tidak berminyak, cepat kering dan tanpa pewangi
Sumber
  1. Mustoe TA, Evolution of silicone therapy and mechanism of action in scar management. Aesth Plast Surg. 2008;32:82-92
  2. https://www.whattoexpect.com/pregnancy/c-section-scars. Last Accessed June 2019
  3. https://www.verywellfamily.com/cesarean-scars-2758511. Last Accessed June 2019
  4. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000624.htm. Last Accessed June 2019
  5. William Andrews, Ph.D., M.D., professor and chairman, department of obstetrics and gynecology, University of Alabama at Birmingham; Robert Weinstein, M.D., professor, internal medicine, Rush Medical College, Chicago; Sept. 29, 2016, New England Journal of Medicine